|
Hutan
Lipur Cemerong
| Tasik
Kenyir Terengganu | Dataran
Budaya Negeri Terengganu | Pusat
Ekuestrian & Kelab Polo Laluan Kenderaan Bermotor
“BUGGY ROUTE”

CADANGAN PEMBANGUNAN LALUAN
BERKERETA MOTOR " BUGGY ROUTE " DI PULAU REDANG UNTUK TETUAN ULTIMATE
ADVENTURE HOLIDAY SDN. BHD.
PENGENALAN
Pulau Redang merupakan salah satu destinasi pelancongan utama
di Malaysia. Keindahan semulajadi pulau serta terumbu karang yang
terpanjang di Asia merupakan satu aset yang menjadi daya tarikan
kepada pelancong untuk beristirehat di Pulau Redang. Berkonsepkan
eko - pelancongan yang bersandarkan kepada penghayatan ekologi
yang bertanggungjawab dan berdaya tahan merupakan satu bidang
yang mempunyai perkembangan yang besar dalam industri pelancongan
di Malaysia, Terengganu khususnya mempunyai kedudukan yang baik
untuk mengeploitasi perkembangan pelancongan dunia. Dengan perkembangan
yang semakin meningkat dari sektor pengangkutan, Pulau Redang
tidak ketinggalan untuk mengikuti arus peredaran masa dalam mencapai
matlamat pelancongan serta memberi kemudahan kepada pengunjung
dan masyarakat setempat. Secara langsung , sistem pengangkutan
yang baik akan menjadi utama dalam mempromosikan negara sebagai
destinasi pelancongan dimata dunia.
ULTIMATE ADVENTURE HOLIDAY SDN BHD telah melantik Arkitek
Punca Cipta sebagai perunding projek pembangunan laluan
rekreasi lasak bermotor 'buggy route' yang akan membantu dari
aspek:-
1. Mengadakan laluan yang menghubungkan bahagian timur dan barat
pulau yang sehingga kini tidak dapat dihubungi secara fizikal.
2. Memperkenalkan satu pilihan pelancongan dalam bentuk sukan
lasak yang akan menambahkan tarikan kepada pulau redang. Secara
amnya menaik taraf keseluruhan pulau untuk menjadikan Pulau Redang
sebagai sebuah pulau yang terkenal serata dunia dan membantu merealisasikan
dasar pelancongan negara.
KEPENTINGAN TANAH CADANGAN
Pulau Redang merupakan pulau yang direzabkan sebagai taman marina
olah jabatan laut, Malaysia merupakan pulau yang berpotensi untuk
dibangunkan sebagai pulau yang berasakan pelancongan. Tapak cadangan
yang akan di bangunkan bersesuaian dengan aktiviti yang berkaitan
dengan pelancongan serta dapat menarik lebih ramai pengunjung
untuk mengunjungi Pulau Redang sebagai destinasi pelancongan.
Disebabkan tapak cadangan yang sesuai di bangunkan sebagai kawasan
rekreasi tanpa melibatkan banyak kemusnahan hutan, maka peluang
pelaburan terbuka luas kepada sektor swasta untuk membangunkan
kawasan - kawasan yang dijangka berpotensi untuk dimajukan sebagai
kawasan rekreasi. Dengan pembangunan yang dilaburkan oleh pihak
swasta ini akan memberi peluang pekerjaan serta menaikkan taraf
kehidupan penduduk setempat khususnya penduduk Pulau Redang.

Cadangan Pembangunan Pusat Pelancongan
ANALISIS FIZIKAL
PULAU REDANG
LATAR BELAKANG
Pulau Redang merupakan satu kawasan pulau yang direzabkan untuk
aktiviti "marin park" yang dikendalikan oleh Jabatan Laut Malaysia.
Keunikannya disebabkan pantainya yang cantik serta mempunyai batu
karang yang terbesar di Asia. Terdapat beberapa pulau kecil yang
menarik untuk dilawati sekitar Pulau Redang antaranya Pulau Kerengga
Besar, Pulau Kerengga Kecil , Pulau Paku Besar dan Pulau Limau.
Namun demikian sebagai tarikan utama kepada pelancong, Pulau Redang
masih lagi mengekalkan kehijauan serta bentuk muka buminya. Hari
ini, Pulau Redang menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi yang
terhad kepada aktiviti pasif yang berasaskan laut seperti snorkling
dan scuba diving. Kewujudan chalet serta rumah peranginan juga
berasaskan aktiviti marin. Kewujudan terumbu karang serta pantai
yang cantik merupakan tarikan utama. Penyediaan prasarana yang
minima membantu mengekalkan keindahan alam semulajadinya. Namun
demikian, potensi tarikan serta kedatangan pengunjung ke pulau
ini yang semakin meningkat akan menyebabkan kemusnahan kepada
kehidupan flora dan fauna semulajadi. Campurtangan dalam bentuk
peningkatan prasarana serta identiti menjadi amat penting agar
imbangan antara alam semulajadi dan buatan dapat dicapai.
LOKASI DAN AKSES
Pulau Redang merupakan sebuah pulau yang diizankan atau diwartakan
sebagai taman laut atau "marine park" oleh Jabatan Laut Malaysia
yang terletak di Daerah Kuala Terengganu berhampiran dengan tanah
besar iaitu Penarik. Pulau Redang boleh dihubungi jalan air dengan
mengambil masa 45 minit dari Kuala Besut dan 30 minit dari Penarik
melalui Pulau Redang juga boleh dihubungi melalui jalan air dari
Bandar Kuala Terengganu selama 1 jam 30 minit.
CIRI-CIRI FIZIKAL
TAPAK CADANGAN
KEADAAN TANAH
Topografi di Pulau Redang adalah berbukit bukau dan di sebahagian
pulau diliputi oleh hutan-hujan tropika yang masih belum diterokai.
Terdapat dua puncak bukit dengan ketinggian mencecah 259 meter
(dari aras laut) iaitu Bukit Besar dan Bukit Telaga Batu. Selain
itu, pulau ini dikelilingi oleh batu karang yang menjadi daya
tarikan utama pelancong. Batu karang yang tumbuh mengelilingi
pulau ini serta kawasan pantai yang menarik sesuai untuk di kunjungi.
Pulau Redang mempunyai kawasan pantai yang menarik untuk dikunjungi
untuk malakukan aktiviti-aktiviti pasif kerana permukaan tanah
yang landai serta berhampiran dengan pantai di mana pembinaan
chalet-chalet dapat dilaksanakan.

Keadaan Fizikal Tapak Cadangan
SISTEM PERHUBUNGAN
SEDIADA
Pulau Redang merupakan satu tempat pelancongan yang menarik. Namun
demikian sistem pengangkutan sediada hanyalah melalui jalan air
manakala tidak ada laluan darat yang menghubungkan dari satu tempat
ke satu tempat yang lain disekitar pulau tersebut. Kawasan penempatan
serta chalet-chalet dihalangi oleh bukit yang menganjur dan Kuala
Redang di selatan pulau hingga utara pulau. Para pengunjung Pulau
Redang sukar untuk melihat keindahan pulau secara keseluruhan
kerana tiadanya pengangkutan darat yang boleh menghubungkan dari
satu tempat ke satu tempat.
Laluan Cadangan "Buggy Route"
KEMUDAHAN - KEMUDAHAN
SEDIADA
Perkembangan pembangunaan di Pulau Redang juga begitu pesat membangun
bagi menampung keperluan penduduk setempat. Terdapat sebuah sekolah
menengah dan sekolah rendah yang dibina di Pulau Redang. Sebuah
jeti disediakan untuk mengambil dan menurunkan para pelancong
serta penduduk setempat yang berulang-alik dari tanah besar ke
Pulau Redang. Di bahagian pantai yang cantik dan menarik terdapat
beberapa chalet yang dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada
pelancong antaranya Berjaya Beach Resort dan Ayu Mayang Resort.
Kemudahan bekalan air mentah juga disediakan oleh pihak kerajaan
bagi memenuhi keperluan di pulau tersebut.
POLISI PEMBANGUNAN
PULAU REDANG
Perlindungan ekologi Perlindungan ekologi hanya akan
dicapai setelah di kenalpasti kemungkinan tekanan yang akan dihadapi
oleh Pulau ini oleh itu pembangunan prasarana di rancang serta
dibangunkan perlu berupaya menampung tekanan yang mungkin dihadapi
oleh kawasan sensitif ini agar dapat dikekalkan dalam keadaan
sediada. Peraturan perlindungan alam hendaklah diwar-warkan,diajar
dan penguatkuasaan undang-undang dan hukuman yang berat dikenakan
ke atas kes-kes pencemaran dan pemusnahan alam. Pengunjung hendaklah
dididik supaya bersifat sedar tentang alam yang sensitif kepada
kemusnahan dan pencemaran dan diajar untuk sama-sama mengawal
dan memelihara keujudanya.
Pembangunan Mesra Alam. Pembangunan hendaklah
dilaksanakan dalam kawasan yang mempunyai tahap sensitivti ekologi
yang minima. Kawalan samasa dan selepas pembangunan hendaklah
diberi perhatian agar sisi dari pembangunan tidak mencemari alam
sekitar. Bahan-bahan pembinaan hendaklah bersifat kekal agar tugas-tugas
penyelenggaran dapat dikurangkan dan pemusnahan kepada tumbuhan
dan pokok - pokok tidak berlaku. Teknologi dalam bentuk yang sepada
(appropriate technology) hendaklah digunapakai bagi membantu mengawal
dan mengimbangi antara alam semulajadi dan campurtangan manusia
MATLAMAT REKABENTUK
Sebagai sebuah syarikat yang berasaskan pelancongan,
ULTIMATE ADVENTURE HOLIDAY SDN.BHD menggariskan
pelancongan sebagai matlamat syarikat, dimana penubuhan syarikat
ini bertujuan untuk mempromosikan keindahan alam sekitar, masyarakat,
budaya serta bahan sejarah di Malaysia, khususnya Negeri Terengganu,
antaranya: d) Menyediakan kemudahan rekreasi serta infrastruktur
kepada pelancong-pelancong yang mengunjungi Negeri Terengganu.
e) Mempromosikan Malaysia kepada pelancong tempatan seterusnya
ke dunia luar akan keindahan di Malaysia. f) Menyediakan eko-berdaya
tahan (eco-adventure tour) seperti jungle trekking, berakit, four
wheel drive, birding dan sebagainya. Menyediakan pakej untuk melihat
keindahan pulau - pulau serta terumbu karang yang terdapat dipersisiran
pantai serta menawarkan perkhidmatan serta lawatan tentang kebudayaan
masyarakat setempat.
PENDEKATAN REKABENTUK
GUNA BAHAN
Bahan-bahan yang digunakan untuk pembinaan hendaklah menggunakan
bahan yang tahan lama dan tidak mudah rosak seperti penggunaan
concrete sementara jalan yang akan di bina untuk laluan bermotor
hendaklah disesuaikan dengan syarat serta peraturan kenderaan
buggy atau ATV.
REKABENTUK
Rekabentuk hendaklah mengambi kira kemudahan penyelenggaran .
Selepas siap Komponen - komponen mudah rosak perlu diganti dengan
sistem yang ringkas dan tahan lasak tanpa menggunakan kos yang
tinggi. Penggunaan elemen semulajadi seperti pencahayaan matahari
dan pengudaraan hendaklah dioptimakan.
TEKNOLOGI SEPADA
Penggunaan teknologi hendaklah ditekankan kepada teknologi separa
(approprietad technology) yang ringkas, mudah dikendalikan serta
tidak memerlukan penyelenggaran.
KOMPONEN PEMBANGUNAN
PUSAT REKREASI "BUGGY CAR VISITOR
CENTRE" Pada pembangunan, Pusat Rekreasi "buggy car"
(visitor centre) kemudahan-kemudahan seperti pejabat pentadbiran,
surau, workshop, tempat latihan memandu disediakan untuk memberi
kemudahan kepada pengguna.
KEMUDAHAN ASAS
Penyedian kemudahan asas seperti tempat letak kereta untuk menampung
para pengunjung disediakan. Kemudahan asas lain seperti wakaf,
tandas awam dan gerai juga disediakan.
CADANGAN REKABENTUK
Cadangan pembangunan merekabentuk laluan kenderaan bermotor ini
adalah berdasarkan kepada polisi yang berkonsepkan perlindungan
ekologi serta pembangunan mesra alam seperti yang dinyatakan.
|