CKA LANDSCAPE SDN BHD
1340 Jalan Sultan Mahmud Kuala Ibai
20400 Kuala Terengganu
Tel: 09-6170075 Fax: 09-6174879
E-mail: cka@puncacipta.com
Website : www.puncacipta.com/cka
Environmental Consultant - Landscape Architecture - Master Planning - Urban Design

 

 

 

Hutan Lipur Cemerong | Tasik Kenyir Terengganu | Dataran Budaya Negeri Terengganu | Pusat Ekuestrian & Kelab Polo Laluan Kenderaan Bermotor “BUGGY ROUTE”


CADANGAN PEMBANGUNAN EKO-PELANCUNGAN HUTAN LIPUR CHEMERUNG
DAERAH DUNGUN, TERENGGANU DARUL IMAN

Konsep eko-pelancongan bermaksud pelancongan yang bersandarkan kepada penghayatan ekologi yang bertanggungjawab dan berdaya-tahan. Eko-pelancongan merupakan satu bidang yang mempunyai potensi perkembangan yang paling besar dalam industri pelancongan dunia. Malaysia dan Negeri Terengganu khususnya mempunyai kedudukan yang baik untuk mengekploitasi perkembangan ini dengan anugerah alam semulajadi yang luas dan penuh dengan tarikan yang menakjubkan. Dengan lebih 70 peratus muka bumi yang masih diliputi pohon-pohon yang menghijau; 50 peratus darinya dalam bentuk hutan hujan tropika semula jadi, sebahagiannya warisan dari hutan hujan yang berusia lebih 30 juta tahun, apa yang mampu diolah oleh negara ini ke arah mewujudkan satu industri pelancongan yang unik dan baik amat besar dan menarik.


Hutan lipur cemerung terletak di kawasan 32, hutan simpan kekal Negeri Terengganu. Ianya terletak di kawasan Hulu Dungun, Daerah Dungun, Terengganu. Jarak dari tapak cadangan ke pusat bandar Kuala Terengganu melebihi 120km melalui laluan Jerangau - Jabor sementara dari Bandar Dungun jarak perjalanan adalah 120km. Kawasan ini merupakan hutan Lipur kekal terbesar dengan keluasan lebih 300 ekar dengan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara .Selain daripada itu terdapat pelbagai spesis hutan yang hidup dikawasan ini, antaranya pokok Balau, Bekak Merbau, Jati dan sebagainya.

Kawasan Hutan Lipur Cemerung merupakan satu kawasan rezab hutan yang dikendalikan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu terletak di Daerah Dungun. Keunikannya adalah di sebabkan oleh keujudan sebuah air terjun sepanjang lebih satu kilometer menuruni cerun berbatu yang berada antara ketinggian 250 meter sehingga puncak air terjun setinggi 600 meter di atas aras laut. Ketinggian puncaknya malah jelas kelihatan dari jalanraya sejuh puluhan kilometer daripadanya. Pada aras 250 meter yang merupakan kaki air terjun, sebuah kolam semulajadi terbentuk menyediakan tasik rekreasi kepada pengunjung.

Titi Gantung ( Canopy Walkway )




Gambaran perspektif titi gantung merentasi sungai




Pandangan sisi titi gantung merentasi sungai

Pandangan titi gantung merentasi silara pokok

 

Hari ini kawasan hutan lipur ini menyediakan aktiviti-aktiviti rekreasi yang terhad kepada aktiviti pasif seperti berenang, perkelahan dan perkhemahan. Alam semulajadinya merupakan tarikan yang paling utama dan keujudan prasarana yang minima membantu mengekalkan keindahan alam yang semulajadi. Namun demikian potensi tarikan hutan lipur ini begitu besar. Kedatangan pengunjung ke sini dalam jumlah yang meningkat akan membebankan prasarana sediada dan akan menyebabkan kemusnahan kepada flora dan fauna semulajadi, menambah masalah guna sumber khususnya kepada air dan pembuangan sampah dan sisa yang tidak terkawal. Campurtangan dalam bentuk peningkatan prasarana menjadi amat penting agar imbangan antara alam semulajadi dan buatan dapat dicapai.


Gambaran pelukis menunjukkan taman permainan kanak - kanak yang dapat merangsangkan perkembangan minda.


Gambaran pelukis menunjukkan taman permainan kanak - kanak yang bekonsepkan ekologi setempat.

 

 
Cadangan Pembangunan Hutan Lipur Chemerung, Daerah Hulu Dungun untuk Tetuan Kementer ian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia