CKA LANDSCAPE SDN BHD
1340 Jalan Sultan Mahmud Kuala Ibai
20400 Kuala Terengganu
Tel: 09-6170075 Fax: 09-6174879
E-mail: cka@puncacipta.com
Website : www.puncacipta.com/cka
Environmental Consultant - Landscape Architecture - Master Planning - Urban Design

 

 

 

Hutan Lipur Cemerong | Tasik Kenyir Terengganu | Dataran Budaya Negeri Terengganu | Pusat Ekuestrian & Kelab Polo Laluan Kenderaan Bermotor “BUGGY ROUTE”

CADANGAN PEMBANGUNAN PUSAT EKUESTRIAN DAN KELAB POLO NEGERI TERENGGANU, DI ATAS TAPAK TAMAN REKREASI (PT 1221) MUKIM KUALA IBAI, DAERAH KUALA TERENGGANU UNTUK TETUAN YAYASAN KEBAJIKAN PERKASA ALAM.

RUMUSAN EKSEKUTIF
YAYASAN KEBAJIKAN PERKASA ALAM merupakan kelab sukan yang diilhamkan oleh DYMM Sultan Terengganu dan telah ditubuhkan pada tahun 1995. Penubuhan YAYASAN KEBAJIKAN PERKASA ALAM bertujuan untuk menerapkan kesinambungan aktiviti sukan yang dijalankan oleh KELAB PERKASA ALAM dengan memberi tumpuan kepada peningkatan tabung penyediaan infrastruktur kesukanan dan mengendalikan aktiviti kepada pihak yang memerlukan.

Laporan ini disediakan untuk membolehkan YAYASAN KEBAJIKAN PERKASA ALAM memohon hak eksekutif daripada kerajaan Negeri Terengganu untuk membangunkan Pusat Ekuestrian dan Kelab Polo Negeri Terengganu di Lagoon Kuala Ibai, Mukim Kuala Ibai, Daerah Kuala Terengganu. YAYASAN KEBAJIKAN PERKASA ALAM juga memohon hak eksekutif untuk kerja-kerja penyelenggaraan, pembangunaan serta mempromosikan aktiviti sukan berkuda kepada orang ramai.

Pembangunan ini akan merealisasikan hasrat yang diilhamkan oleh DYMM Sultan Terengganu dan YAYASAN KEBAJIKAN PERKASA ALAM dalam pembangunan sukan berkuda di Negeri Terengganu khususnya dan dapat memberi manfaat kepada penduduk setempat.

YAYASAN KEBAJIKAN PERKASA ALAM KUALA TERENGGANU NOVEMBER 2002

 

CLUB HOUSE

 


Sukan berkuda merupakan satu aktiviti sukan yang popular dan masih baru kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Negeri Terengganu. Walau bagaimanapun tidak ramai yang mengetahui tentang selok-belok dan faedah sukan berkuda, ini menyebabkan kurangnya penglibatan orang ramai di dalam sukan berkuda. Namun demikan aktiviti ini mula medapat tempat dihati masyarakat Malaysia dan ianya terbukti telah membawa kejayaan kepada negara di pelbagai peringkat kejohanan.

Berdasarkan aktiviti sukan berkuda, penyedian kemudahan prasarana sukan berkuda di Pusat Ekuestrian dan Kelab Polo Negeri Terengganu akan membuka peluang kepada pembangunan sukan yang lebih besar dan secara tidak langsung ianya dapat memeriahkan industri pelancongan Malaysia.

Dengan perkembangan yang semakin meningkat di peringkat kebangsaan, Negeri Terengganu tidak harus ketinggalan dalam menjejaki arus peredaran tersebut, terutama dalam mencapai matlamat dan memberi kemudahan kepada pengunjung setempat, seterusnya melahirkan bakat-bakat muda yang bakal diketengahkan untuk menyertai pelbagai kejohanan diperingkat kebangsaan dan antarabangsa.

Dengan perlantikan Akitek Punca Cipta sebagai perunding projek pembangunan Pusat Ekuestrian dan Kelab Polo Negeri Terengganu ini akan membantu dari aspek:-

  • i. Memperkenalkan alternatif sukan yang berpotensi tinggi untuk dibangunkan dan akan memertabatkan sukan berkuda terutama kepada penduduk tempatan.
  • ii. Menyediakan ruang bersukan dan prasarana kepada peminat sukan berkuda untuk meningkatkan kemampuan dan seterusnya membangunkan sukan ini.

Secara amnya peminat sukan ekuestiran dan polo ini akan menaikkan taraf aktiviti sukan berkuda di Negeri Terengganu, disamping dapat merealisasikan impian dan matlamat sukan negara. Adalah juga diharapkan sukan ini akan diceburi oleh pelbagai lapisan masyarakat, walaupun ianya dianggap sukan elit dan hanya sesuai untuk golongan berada sahaja.

 

Untuk menghasilkan satu gaya rekabentuk yang unggul dan berjaya di dalam mempamerkan imej sukan ekuestrian di Negeri Terengganu, satu matlamat diwujudkan;-

"Untuk menyediakan satu suasana persekitaran yang harmoni dan seimbang untuk sukan ekuestrian dari segi teknologi dan persekitaran serta penggunaan dan pemandangan sebagai pusat untuk melakukan pelbagai aktiviti berkuda dan menyediakan kemudahan sukan ke peringkat antarabangsa"

Di dalam mencapai matlamat diatas, beberapa objektif dihasilkan antaranya;- "

VETERINAR
  • Menyediakan ruang yang secukupnya kepada pengguna dan membuat perancangan susun atur zone yang baik untuk aktiviti beriadah kepada pengguna dan peminat kuda.
  • Menyediakan kemudahan-kemudahan yang baik dan selesa kepada pengguna dan peminat sukan berkuda dimana keselamatan dititik beratkan untuk menjaga keselamatan pengguna dan haiwan "kuda" yang dijaga.
  • Mewujudkan satu tempat dimana boleh membawa semua masyarakat untuk melakukan pelbagai aktiviti tanpa mengira usia, keturunan dan bangsa

Sasaran pengguna pada Pusat Ekuestrian dan Kelab Polo ini adalah rakyat Negeri Terengganu khususnya yang terdiri dari;-

  • Golongan pertengahan
  • Golongan diraja
  • Pengguna biasa
  • Pesakit therapeutic
  • Pelancong tempatan dan Pelancong asing
HORSE STABLE

Pusat Ekuestrian dan Kelab Polo Negeri Terengganu ini akan meletakkan Negeri Terengganu standing dengan dengan negeri - negeri lain dalam arena sukan berkuda di peringkat kebangsaan, anya juga akan menjadi sasaran untuk pertandingan dari peringkat prenovice (pengenalan) hinggalah kepada peringkat kebangsaan seterusnya ke peringkat antarabangsa (intermediate/advanced) dan dengan adanya Pusat Ekuestrian dan Kelab Polo Negeri Terengganu ini dapat melahirkan generasi yang sihat dan berbakat untuk di ketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi. Maka adalah bertetapan sebuah pusat equestrian dan kelab polo diwujudkan di Negeri Terengganu dan cadangan pembangunan pusat sedemikian yang disediakan oleh Yayasan Kebajikan Perkasa Alam adalah keseinambungan dari matlamat dan visi DYMM dalam bidang sukan berkuda.


 

 
CADANGAN PEMBANGUNAN PUSAT EKUESTRIAN DAN KELAB POLO NEGERI TERENGGANU, DI ATAS TAPAK TAMAN REKREASI (PT 1221) MUKIM KUALA IBAI, DAERAH KUALA TERENGGANU