www.puncacipta.com
Arkitek Punca Cipta
Pavilion Cipta, 1340 Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu
Tel 609 6170075 Fax 609 6174879
Email puncacipta@puncacipta.com




Bab 1
Amanah, Penghormatan dan Profesionalisme
Bab 2
Cabaran Profesionalisme
 
Bab 3

Praktis sebagai perniagaan

 
Bab 4
Praktis dalam lingkungan perundangan


4.0 PRAKTIS DALAM LINGKUNGAN PERUNDANGAN


Artikel ini akan cuba mengupas lingkungan perundangan bagi praktis kesenibinaan berdasarkan kepada natijah beberapa kes penghakiman serta  tuntutan yang diterbitkan secara langsung atau tidak langsung oleh akta-akta yang berkaitan dengan profesion.

Topik

4.1 Perunding Alam Bina vs Erol Oh & Ors
   
Kesan penghakiman atas praktis kesenibinaan
4.2 Akta Arkitek 1974
4.3 Tanggungjawab kecaknaan (duty of care)
4.4 Kanun Tanah Negara
4.5 Undang-undang Kecil Bangunan 1984
4.6 Akta Pemaju Perumahan
4.7 Akta Alam Sekitar
4.8 Akta Bomba
4.9 Akta Perancang Bandar dan Desa


4.1 Perunding Alam Bina vs Erol Oh & Ors
    Kesan penghakiman atas praktis kesenibinaan

Seorang arkitek perlu mempunyai pengetahuan tentang segala hal perundangan yang berkaitan dengan tugas yang dilaksanakan. Beliau dianggap sebagai berpengetahuan dalam piawaian semasa, undang-undang kecil, keperluan perancangan dan implikasi penggunaan setiap borang kontrak yang digunakan dalam industri pembinaan/bangunan. Kegagalan dalam tanggungjawabnya untuk sedar tentang ujudnya undang-undang yang berkaitan dengan tugasnya, akan mendedahkan Profesional itu kepada tuntutan-tuntutan dan natijah yang buruk.

Perunding Alam Bina v  Erol Oh & Ors (1999) 2 CLJ 875

Keputusan penghakiman yang dibuat didalam kes Perunding Alam Bina vs Erol Oh & Ors (1999) bukan sahaja memberi kesan yang mendalam kepada halacara profesion kesenibinaan malah ia menyatakan semula tuntutan kepada pengamal praktis kesenibinaan dan merangkumi semua profesion lain yang berkaitan untuk memiliki pengetahuan yang jelas tentang undang-undang dan memahami dinamismanya.  Berdasarkan kepada penghakiman tersebut dapat digariskan beberapa tanggungjawab utama seorang arkitek dan amalan profesionnya;

1. Undang-undang yang berkaitan dengan profesion
2. Undang-undang kecil
3. Borang Kontrak

Tanggungjawab ini tidaklah  definitif dan statik malah berkembang dan berubah. Perkembangan dan perubahan memerlukan beliau untuk sentiasa sedar tentang suasana yang melingkungi praktisnya.

Tugas ini seperti juga tugas-tugas lain sebagai Profesional adalah tugas yang tidak boleh dipindahkan  dan akan kekal sebagai tanggungjawab peribadi beliau.

Moresk Cleaners Ltd v Thomas Hawood & Hicks (1996) 4 BLR 50

Arkitek perlu pertamanya memahami bahawa tanggungjawabnya sebagai arkitek merupakan tanggungan peribadi yang memberikan beliau liabiliti yang tidak boleh diserahkan kepada orang lain tidak kira apa juga bentuk amalan kesenibinaan yang didokong olehnya atau samada beliau mengamalkan praktis secara berseorangan atau berkongsi atau bersyarikat. Perkongsian dan syarikat hanyalah satu bentuk perniagaan yang tidak akan mengubah tanggungjawab peribadi malah menambah satu lagi tekanan dibawah maksim liabiliti bersama (jointly and severally liable). Kefahaman tentang undang-undang yang melibatkan profesion harus dimulakan dengan memahami undang-undang perkongsian dan perniagaan.

4.2 Akta Arkitek 1974

Akta Arkitek 1974 merupakan akta pembentuk (enabling act) yang memberi kuasa kepada penubuhan satu lembaga penyelaras (regulatory board) yang dipanggil Lembaga Arkitek Malaysia (LAM). Lembaga ini berkuasa dan bertanggungjawab menentukan bentuk dan halacara profesion kesenibinaan di negara ini. LAM dengan kuasa yang  diberikan dibawah akta ini, merangka dan mengurus profesion kesenibinaan dengan menerbitkan Kod Tatacara Kelakuan dan Peraturan Arkitek serta Pekeliling yang dikemaskini dari masa ke semasa . Melalui konsep akta pembentuk, apa-apa perubahan yang perlu dibuat kepada peraturan praktis untuk kepentingan profesion boleh dibuat sendiri oleh Lembaga tanpa perlu mengubah akta itu seluruhnya. Tanpa menggunakan kaedah akta pembentuk, sebarang perubahan biarpun kecil akan memerlukan pindaan akta yang diputuskan oleh kelulusan parlimen yang umumnya lambat dan terpaksa melalui prosedur yang panjang. Kaedah kawalan ini mempastikan dinamisma profesion tidak dihalang oleh kerenah perundangan dan birokrasi.
 
4.2.1 Ciri-ciri utama Akta Arkitek
1. Penubuhan Lembaga Arkitek Malaysia
2. Kawalan penggunaan katanama Arkitek
3. Pendaftaran Arkitek 
4. Tindakan disiplin
5  Kuasa Menteri

4.3 Tanggungjawab kecaknaan (duty of care)


  NASHARUDDIN
HAJI ABDUL MAJID 

APAM, ACiArb
Diploma Architecture UTM 
Advance Diploma Architecture ITM

Latarbelakang

Lahir di Terengganu Darul Iman. Latarbelakang pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kemasek dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pendidikan tinggi di Universiti Teknologi Malaysia dan Insttitut Teknologi Mara  
Ahli Korporat Pertubuhan Arkitek Malaysia dan Lembaga Arkitek Malaysia serta Ahli Bersekutu Chartered Institute of Arbitrator. Kini menjalankan praktis senibina di bawah nama
ARKITEK PUNCA CIPTA yang beribu pejabat di Kuala Terengganu.

Halaman ini disediakan sebagai sumbangan peribadi kepada perkembangan senibina khususnya untuk melihat lebih ramai anak-anak bangsanya meyakini kemampuan diri dan melepasi halangan minda untuk menjadi Arkitek yang diiktiraf.



ARKITEK PUNCA CIPTA
Klik di sini untuk ke halaman web firma


MULLA NASRUDDIN
Koleksi anekdots dari falsafah Mulla Nasruddin yang lebih dikenali dalam alam sastera Melayu sebagai Abu Nawas


IKSAS
INSTITUT KAJIAN SEJARAH SENI & SENIBINA