www.puncacipta.com
Arkitek Punca Cipta
Pavilion Cipta, 1340 Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu
Tel 609 6170075 Fax 609 6174879
Email puncacipta@po.jaring.my




Bab 1
Amanah, Penghormatan dan Profesionalisme
Bab 2
Cabaran Profesionalisme
 
Bab 3

Praktis sebagai perniagaan

 
Bab 4
Praktis dalam lingkungan perundangan

Panduan Praktis 


3.0 praktis sebagai perniagaan


Saya ulangi sekali lagi bahawa sijil keanggotaan korporat Lembaga Arkitek Malaysia yang membolehkan anda menggelar diri  sebagai Arkitek hanyalah sekeping kertas. Namun di kertas itulah tercatit hak untuk anda berniaga dan menawarkan perkhidmatan sebagai arkitek. Artikel ini akan cuba untuk membawa anda langkah demi langkah dalam menghayati alam perniagaan perkhidmatan yang bukan sahaja unik malah menawarkan pulangan yang amat lumayan. Sambil itu anda diingatkan bahawa laba yang besar tidak akan datang tanpa risko yang tinggi - demikian adalah asam garam perniagaan.

3.1 Mengapa berniaga

Sembilan persepuluh daripada kekayaan adalah daripada perniagaan. [Maksud Hadis]

Mengimbas kembali waktu belajar di universiti, kami pernah ditanya kenapa kami menceburi bidang ini. Sebagai lepasan sekolah yang masih penuh dengan ideal, dan segar dari sesi-sesi tata-negara, jawaban paling banyak yang diberi adalah "untuk berkhidmat kepada bangsa dan negara." Seorang kawan saya bagaimanapun dengan jujur menjawab, "untuk menjadi kaya." Saya katakan kini bahawa jawaban kedua sebenarnya lebih dekat kepada hati kita. Namun demikian, ini tidak bermakna peranan kita untuk bangsa dan negara yang merangkumi tanggungjawab sivil dan sosial dikesampingkan kerana kepentingan diri. Persoalan kenapa kita berbuat sesuatu ini, baik belajar atau berniaga, saya jadikan  latarbelakang kepada artikel ini.


3.2 Persediaan untuk berniaga
3.3 Bentuk praktis yang dibenarkan
3.4 Penubuhan praktis
3.5 Perniagaan perkhidmatan profesional
3.6 Merancang pertumbuhan dan penerusan

Nasharuddin bin Haji Abdul Majid     A.P.A.M, ACiARB

 

 

 


  NASHARUDDIN
HAJI ABDUL MAJID 

APAM, ACiArb
Diploma Architecture UTM 
Advance Diploma Architecture ITM

Latarbelakang

Lahir di Terengganu Darul Iman. Latarbelakang pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Kemasek dan Kolej Melayu Kuala Kangsar. Pendidikan tinggi di Universiti Teknologi Malaysia dan Insttitut Teknologi Mara  
Ahli Korporat Pertubuhan Arkitek Malaysia dan Lembaga Arkitek Malaysia serta Ahli Bersekutu Chartered Institute of Arbitrator. Kini menjalankan praktis senibina di bawah nama
ARKITEK PUNCA CIPTA yang beribu pejabat di Kuala Terengganu.

Halaman ini disediakan sebagai sumbangan peribadi kepada perkembangan senibina khususnya untuk melihat lebih ramai anak-anak bangsanya meyakini kemampuan diri dan melepasi halangan minda untuk menjadi Arkitek yang diiktiraf.



ARKITEK PUNCA CIPTA
Klik di sini untuk ke halaman web firma


MULLA NASRUDDIN
Koleksi anekdots dari falsafah Mulla Nasruddin yang lebih dikenali dalam alam sastera Melayu sebagai Abu Nawas


IKSAS
INSTITUT KAJIAN SEJARAH SENI & SENIBINA