Institute
for Research of Crafts and Architecture History
Background
IKSAS is a voluntary non-profit
academic research institute established by ARKITEK PUNCA CIPTA to carry
out research and documentation of the local crafts and architecture
Philosophy
The local crafts and architecture
was largely built on ephemeral material (mostly timber). Today we witness
the large part of the historical remnants dismantled and demolished either
by the tide of development or simply aged by the unsympathetic climate.
Unlike the civilization found in stone and steel, our history vanishes
quickly.
Historical documentation today requires a new and more dynamic approach
Technological advancement now permits chronicling of history as it happen.
Technology has enabled history to be written fresh in memory and
no longer as interpretation of the fragments of ancient artifacts.
Implementation
By way of research grants to architecture students from local institutions
or as a specific research project within the company. Records of research
to published on the internet as alternative media.
Scholarship
and Historical Research Grant
Arkitek
Punca Cipta annually offers 2 scholarships to local architecture students
to pursue research and documentation of buildings and crafts significant
to the local arts and architecture.
Please view www.puncacipta.com
for details
Copyright
reseved. Any articles or parts thereof may be copied or used in any form
of prints or electronic medium with the writer's consent.
|
|

Iksas
Institut
Kajian
Sejarah Seni & Senibina
Terengganu dalam sejarah
Artikel
ini disediakan sebagai asas kepada pengkajian lanjutan dan bergantung
kepada sumber rujukan yang terhad. Kebanyakan rujukan dibuat kepada petikan
yang berkait dengan sejarah seni kraf dan senibina sahaja.
Catatan
Awal
Terengganu
dalam Hikayat Hang Tuah
Terengganu dalam Tuhfat al-Nafis
.....pada Hijrah Sunnah 1153.
Syahdan pada Hijrah inilah baginda melantik Tun Dalam bergelar Yang Dipertuan
Raja Kecil menjadi Raja Terengganu.....
Batu Bersurat Terengganu
[1303M/702H]
sila klik kehalaman khusus
Teks Haji Abdullah
[catitan sejarah 1770an hingga 1835]
.....
Telah beberapa lama diam di Terengganu maka datang surat Siam ke Terengganu
suruh undurkan Lun Ahmad dari Terengganu kerana takut akan jadi gaduh
dengan Kelantan. Maka undurlah akan dia ke Kemaman adanya.....
Terengganu dalam Kisah
Pelayaran Abdullah
......kampung-kampung dan rumah-rumah
mereka itu sekelian congkah -mangkah dengan tiada beratur dan tiada sama,
masing-masing punya suka, dan pagarnya pun bengkang-bengkok. Maka adalah
rumah mereka itu atap lagi tinggi; maka penuh dengan kotor di keliling
rumahnya sampai ke bawah rumahnya penuh sampah dan limbahan......
 |
Sultan Zainal Abidin II
Sultan Terengganu 1881 - 1918 |
Penjajahan
Penjajahan
British ke atas Terengganu merupakan satu
peristiwa penuh intrik dalam sejarah Malaysia bermula dari lawatan Sweetenham
dalam tahun1908. Terengganu merupakan negeri terakhir menerima Penasihat
British melalui kebijaksanaan politik pemerintah Terengganu khususnya
Sultan Zainal Abidin II. Sejarah mencatitkan penolakan kerajaan Terengganu
kepada intipati Ketetapan Sulit Inggeris-Siam 1887 yang menyerahkan
Terengganu dari Siam kepada Inggeris. Kerajaan Terengganu berpegang kepada
kedaulatannya dan menganggap penghantaran bunga emas ke Siam dari tahun
1781 hingga 1869 merupakan lambang persahabatan bukan penaungan. Hanya
selepas 9 tahun daripada penerimaan wakil British dalam tahun1910
barulah Terengganu di bawah Sultan Muhammad dalam suasana yang agak pelik
menandatangani perjanjian pada Mei 1919 di Singapura menerima Konsul British
yang pertama iaitu J.L Humphrey. Begitupun penjajahan ini diwarnai oleh
penentangan rakyat dan pentadbir terutama daripada golongan ulama yang
berakhir dengan pengunduran Sultan Muhammad daripada takhta kerajaan pada
21 Mei 1920 dan Pemberontakan Tani 1928. Kedegilan negeri ini menerima
British mungkin antara penyebab Terengganu dibiarkan mundur walaupun ianya
memberikan keuntungan ekonomi kepada Inggeris khususnya melalui bijih
besi dan balak.
Pemberontakan
Tani
Pemberontakan Tani dalam tahun1928 di Kuala
Berang jarang sekali disebut dalam sejarah Terengganu moden. Namun ia
merupakan satu peristiwa penting penentangan rakyat terhadap pentadbiran
British di Terengganu. Dari aspek senibina ia mempunyai kepentingan khususnya
tentang keujudan penempatan yang penting di kawasan-kawasan pemberontakan
sebelum merdeka. Catitan Clifford [1961] menyebut " Lapuran Banci
1911 mencatat pada tahun itu lembah Terengganu berhampiran Air Terjun
Jenagor diduduki 100,000 orang..." Jenagor adalah satu kawasan
dalam Kuala Berang. Penempatan 100,000 penduduk bukanlah suatu penempatan
yang kecil dan kemungkinan keujudan satu sistem perancangan mungkin tersedia.
Ini berbeza dengan keadaan Kuala Berang yang tertinggal setelah kemasukan
British hinggalah selepas kemerdekaan dicapai. Secara peribadi saya berpendapat
kemunduran Kuala Berang berkait dengan balas dendam British ke atas kawasan-kawasan
yang memberontak - satu fenomena yang dapat dilihat dalam pembangunan
daerah-daerah penentang lain juga.
Peranan
British dalam pembangunan Terengganu
Membuka bandar dibuat jalan
dibetulkan segala pasar pengkalan
dibangun ofis beramba-ambalan
memberi kesenangan handai taulan
Dibangun sekolah beberapa buahan
di dalam Terengganu serta jajahan
supaya bertambah ilmu pilihan
tandalah raja menaruh kasihan
petikan daripada Syair Tawarikh Zainal Abidin oleh Tengku Dalam Kalsom
Potensi
Kajian Sejarah Senibina
Beberapa bidang yang mempunyai potensi
untuk dikaji
1. Perancangan dan senibina penempatan pra-kolonial.
2. Perancangan dan senibina penempatan kolonial
Bandar Perlombongan Bukit Besi
3. Senibina era kolonial 1910 - 1956
4. Perkembangan senibina pendidikan Terengganu.
Dari sekolah pondok ke universiti,
Rujukan
Senarai capaian dan rujukan Sejarah
Terengganu
1. Muhamad Yusof Hashim, "Terengganu Darul Iman, Tradisi Pensejarahan
Malaysia," DBP 1991.
2. Ruud Spruit, Land of The Sultan.
The Pepin Press 1995
Artifak
penting sejarah Terengganu
 |
Gendang Dong Song |
 |
Penemuan
Arkaelogi Kuala Bekah |
 |
Mata
wang Cina |
 |
Batu
Bersurat |
 |
Peta-peta
lama |
Hak
cipta terpelihara. Mana-mana artikel atau sebahagian daripadanya boleh
disalin dan diguna semula dalam apa juga bentuk cetakan atau letronik
dengan izin penulis.
|
|
Istana
Maziah
Singgahsana
lambang pemerintahan beraja Terengganu. Mercutanda senibina era pra-merdeka

Gerbang
Persilatan
Interpretasi
senibina tradisi dalam pembangunan kontemporari.

Seni
batik canting, tulis dan tekap
|
ARTIFAK
SEJARAH TERENGGANU
|

Bunga
Emas
Lambang
perhubungan diplomatik yang ditafsir juga sebagai lambang penguasaan Siam
ke atas Terengganu

Peta-peta
Lama
Keujudan
tempat-tempat dalam Negeri Terengganu yang dirakam dalam sejarah pelayaran
dan penaklukan

Gendang
Dong Song
Penemuan
di Batu Buruk Terengganu membuktikan keujudan tamadun lama.

Perahu
Besar
Keujudan
di Terengganu industri pembuatan kapal perdagangan yang terkenal dalam
sejarah pelayaran tempatan
|